Jenazah chek dibawa ke bahagian forensik HKL di situ chek dimandikan, dikafan dan disolatkan. Aku mandikan chek...tak boleh tahan air mata..berjujuran sambil gosok chek....dulu kecik2 chek mandikan aku...sekarang dalam keadaan begini aku mandikan chek....ya allah kuatkan semangat ku....aku lihat chek jernih dan bersih air mukanya...alhamdulillah begitu lah yang anak2 harapkan...
Aku suruh hubby balik packing barang...ambil anak2 kat rumah mak mertua....baru kejap hubby datang van jenazah pun dah nak bertolak....jam 3 pagi kami bertolak balik ke kg...abg sor dan abg nie naik van jenazah...aku sekeluarga bersama maisarah dan ayah ing follow dari belakang.
Sepanjang perjalanan aku nangis...raya tahun ni macam mana ek? aku nak beranak bulan 6 ni....chek kata kalau panjang umur chek nak dok umah aku...nak tengok kan aku...konvo insyallah bulan 10 dia kata pjg umur dia nak datang konvo tu....aku rasa terkilan, sehari sebelum dia meninggal aku dapat result terakhir...aku lulus...dalam kesibukan dan penat ke hospital aku terlupa nak bagitahu...aku bisik je kat telinga dia...kerana berkat doa dia lah aku berjaya...tiap kali nak exam aku call dia...bila dapat result aku bagi tahu dia....chek pernah tanya nak sambung PHD tak? aku kata tengok lah nanti kalau larat...insyallah...aku cuba satu hari nanti untuk tunaikan impian chek untuk tengok aku berjaya sampai tahap PHD.
Jam 10.30 pagi 8 januari 2010 van jenazah sampai ke rumah abg nie...sanak saudara, kawan2 semua dah ramai di sana. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi...terus mandi, tukar baju dan baca yasin sebelah jenazah.....jam 12.00 tghr jenazah dibawa ke masjid....selepas solat jumaat dan solat jenazah sekali lagi baru lah dibawa ke Tanah Perkuburan Tanah Merah untuk dikebumikan.
Alhamdulillah chek minggal hari khamis malam jumaat. Ya Allah itu adalah satu anugerah. Aku doakan agar chek berada dikalangan orang beriman dan solehah.
No comments:
Post a Comment